Fatawa Islamiyah Dar al-Ifta Mesir

Bermula tahun 1980 (1400 H), Dar al-Ifta mula menerbitkan Al-Fatawa Al-Islamiyyah Min Dar Al-Ifta ("Fatwa-fatwa Islam daripada Dar al-Ifta"). Kandungan penerbitan ini diselia oleh Majlis Tertinggi bagi Hal Ehwal Agama, sebuah badan di bawah Kementerian Wakaf Mesir.[4] Jilid pertama buku ini membentangkan fiqh secara umum, tetapi jilid-jilid lain diterbitkan mengenai wakaf dan harta pusaka. Fatawa Islamiyah diterbitkan mengikut peredaran semasa, merangkumi isu-isu fiqah tradisional hingga ke waktu kini. Penyusunan buku ini adalah seperti berikut:[4]

  1. Jilid 1 hingga 4: meliputi 703 fatwa, merangkumi semua disiplin ilmu fiqh tradisional dari 1895 hingga 1950.
  2. Jilid 5 hingga 7: meliputi 413 fatwa, merangkumi semua disiplin ilmu fiqh tradisional dari 1950 hingga 1978.
  3. Jilid 8 hingga 10: meliputi 209 fatwa, fokus utama kepada fatwa Syeikh Jad al-Haq pada 1978 hingga 1982.
  4. Jilid 11 hingga 13: meliputi 379 fatwa, fokus utama kepada Wakaf, berkisar tahun 1895 hingga 1982.
  5. Jilid 14 hingga 19: meliputi 1572 fatwa, fokus utama kepada harta pusaka, berkisar tahun 1895 hingga 1982.
  6. Jilid 20: kembali semula kepada semua disiplin ilmu berkisar tahun 1982-1986.